H&D Techno Enterprise ditubuhkan pada Jun 2014. Dimiliki oleh anak jati Kota Samarahan dan juga milikan penuh Bumiputera. Aktiviti utama perusahaan ini ialah membekal, memasang dan menyelenggara komputer dan rangkaian. Selain itu juga, kami menawarkan perkhidmatan kimpalan besi dan pendawaian elektrik.
Bermula dengan perkhidmatan membaik pulih komputer kepada pelanggan di kampung-kampung sekitar dan kawasan perumahan, kami telah mengembangkan perusahaan ini dengan berdaftar secara rasmi serta menambah nilai pada produk dan perkhidmatan kami. Dengan penambahan perkhidmatan kimpalan besi dan pendawaian elektrik kami telah membuka lebih pilihan kepada para pelanggan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga mahir yang sedia ada.
Dalam bidang kimpalan, kami menawarkan perkhidmatan membuat dan memasang pagar keselamatan serta atap perlindungan cuaca (awning). Kami juga mendapat tempahan untuk mereka bentuk dan membuat peralatan perhiasan rumah dan industri berasaskan logam.
Bagi bidang elektrik pula, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik. Sama ada untuk pendawaian penuh baru ataupun semula, juga untuk pendawaian tambahan.
Bagi bidang elektrik pula, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik. Sama ada untuk pendawaian penuh baru ataupun semula, juga untuk pendawaian tambahan.
Kami mula mengorak langkah untuk lebih berdaya saing dengan mendaftar sebagai kontraktor G1 dibawah CIDB dan Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan pendaftaran ini juga lebih meyakinkan pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan kami melalui pesanan perkhidmatan (Service Request/Order atau Local Purchase Order -LPO).
Walaupun agak baru dalam bidang ini, namun kami mempunyai tenaga kerja mahir dalam bidang dan perkhidmatan yang kami sediakan. Kami kini lebih yakin dan serius demi kelansungan perusahaan ini dan mempertingkatkan lagi kualiti dalam perkhidmatan kami.

